Kata-kata Imam Ghazali..

>> Wednesday, December 30, 2009


persahabatan tak pernah putus
kerana diikat tali keimanan,
diri tak pernah keseorangan


kerana diikat dengan rabitah hati,
perjuangan tak pernah selesai
hingga kita ke jannah Allah...


...carilah redhan-Nya dalam setiap laku...


sesungguhnya mati jasad kerana roh
mati roh kerana tiada ilmu
mati ilmu kerana tiada amal
mati amal kerana tiada istiqamah


menuntut ilmu adalah taqwa
menyampaikan ilmu adalah ibadah
mengulang-ulang ilmu adalah ibadah
mencari ilmu adalah jihad...


-Imam Al-Ghazali-

Read more...

Mengurus keluarga seperti memimpin sebuah persatuan




Alhamdulillah,selaut kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Subhanahu wa Taala yang telah memanjangkan usia kita sehingga saat ini, kita mampu bernafas dengan keizinan Allah Taala.Sepatutnya kita mensyukuri nikmatNya dengan melaksanakan segala amal perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Pesanan ini ku tujukan khasnya buat diriku sebagai muhasabah tahunan.

Ingatlah bahawa tujuan kita diciptakan bukanlah untuk berseronok-seronok di dunia ini.Oleh itu kita mestilah mengatur perancangan harian dan tahunan agar hidup kita lebih teratur dan banyak pengisian yang berfaedah bersama keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Antara cara untuk menguruskan masa semaksimum mungkin ialah dengan cara membuat diari harian.Diari tidak semestinya digunakan untuk meluahkan perasaan ataupun peristiwa sebagainya,tetapi sesuai untuk kita menyenaraikan perancangan kita sepanjang hari agar kita tidak terlupa atau membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.Mulakan merancang sebelum tidur.Lakukan perkara ini setiap hari.InsyaAllah masa tidak akan terbuang dan boleh gunakan semaksimumnya.

Jika anda seorang ketua rumah tangga,anda juga boleh lakukan perkara ini bersama keluarga.Contohnya perancangan tahunan pada cuti sekolah anda mahu bercuti bersama keluarga dan anak-anak di mana,pendidikan anak-anak,balik kampung dan sebagainya.

Harus diingat bahawa perancangan yang dilakukan bukanlah berbentuk BERSERONOK semata-mata.Rancanglah aktiviti kerohanian bersama anak-anak dan isteri seperti USRAH.Masukkan aktiviti ilmiah dan keagamaan di dalam perancangan mingguan atau bulanan.Sebagai contoh,solat berjemaah,membaca Yasin setiap malam Jumaat bersama-sama,ajak bersama keluarga ke majlis ilmu di Surau-surau ataupun Masjid-masjid,ajak Qiamullail bersama-sama.Secara tidak langsung hubungan kekeluargaan semakin erat.Semoga dengan cara menghidupkan rumah tangga sebegini sentiasa dirahmati Allah.Subhanallah,bayangkan kalau keluarga kita seperti ini.Kalau tidak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Kita memimpin rumah tangga seperti kita memimpin sebuah persatuan.Kita sebagai Pengerusi,isteri merupakan Naib Pengerusi dan anak-anak pula ahli persatuan.Atas kebijaksanaan kitalah untuk mentadbir keluarga berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Oleh itu carilah ilmu persatuan ini.Melalui persatuan kita boleh praktikkan apabila menghadapi sesuatu masalah,bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik?Tidak dapat tidak melalui perbincangan.Melalui persatuan juga kita belajar bagaimana untuk menghormati pandangan orang lain.Tidak semestinya kita sebagai ketua keluarga semua keputusan kita adalah terbaik.Tetapi apabila sesuatu keputusan telah dibuat oleh ketua,wajiblah mengikutinya selagi mana tidak menyalahi Syariat,kerana KETAATAN itu pada apa yang disukai dan apa yang tidak disukai(dibenci).Wallahu a'lam.

Read more...

Syed Qutb berkata...

>> Tuesday, December 22, 2009


kita akan merasa sempit apabila
kita memikirkan kitalah yang memulakan
dan mengakhiri dakwah ini...

tetapi apabila kita memikirkan
kita ini hanyalah satu mata
dari mata-mata rantai yang panjang,

kita akan bergembira dan bersemangat
untuk berjuang kerana kita tahu
akan ada orang yang menyambung
perjuangan kita...

dan orang itu tidak lain tidak bukan
ialah generasi pemuda...


Read more...

Ku mahu berjaya bersama rakan-rakan

>> Saturday, December 19, 2009


Musim peperiksaan tidak lama lagi akan menjelma.Setelah program motivasi semalam aku berfikir panjang bagaimana cara untuk aku memajukan diri.Aku perlu lebih yakin untuk terus melangkah menghadapi ujian-ujian yang mendatang.Semoga setiap langkah pekerjaanku Allah merahmatiku dan memberi kekuatan.Aku akan cuba secepat mungkin menyiapkan nota.Mudah-mudahan Aku diberi kekuatan.Aku mahu notaku bermanfaat untuk diriku dan kawan-kawanku.Ku yakin usaha yang kecil ini menjadi saham untukku berjaya.insyaAllah.

Aku perlu segera membuat perancangan waktu agar tidak terbuang dengan sia-sia dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.Benarlah kata orang, "orang yang mempunyai masa adalah mereka yang mengisi masa-masa dengan aktiviti berfaedah, sedangkan orang yang tiada masa adalah mereka yang mengisi masa-masa terluang mereka dengan perkara sebaliknya"..

Semoga Allah menetapkan langkah-langkahku di dalam agamanya agar ku tak tersungkur di dalam jalan Dakwah..Aku tak punya apa-apa selainMu Ya Allah.Bantulah kami dalam urusan hidup kami Ya Allah..Kami yakin tanpaMu kami jahil.Kami yang perlukanMu Ya Allah,sedangkan Engkau tidak sedikit pun kurang sekiranya Kami melupakanMu.Janganlah Engkau biarkan Kami menentukan nasib Kami sendiri,walau kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek daripada itu..amin.

Semakin hari,waktu kian suntuk.Hanya 27 hari lagi tinggal.Kalu tolak makan minum semua mau tinggal berbaki 15 hari je.Aku kena korbankan waktu tidurku untuk curi masa membuat nota di samping memahami pelajaran.Aku ada kawan-kawan perlu aku bantu dan aku turut dibantu oleh mereka.Aku gembira bersama mereka kerana inilah kenangan bersama kami suka duka.Study Group menyuntik semangatku untuk terus berusaha.Terkadang melihat mereka study aku pun turut mahu study.Mengapa mereka boleh aku tak boleh?

Aku ada keluarga yang menunggu,isteriku khususnya.Ku harapkan doa kalian untuk keberjayaanku di sini.Jangan pernah putus mendoakanku wahai sayang.

Ku punyai tugas yang terpundak di bahuku,pentaklifan oleh Allah Taala.Baik sebagai Hambanya,jawatan kecil,suami,anak kepada kedua ibu bapaku dan abang kepada adik-adikku..Ayahku dan Ibuku berkorban sedari kecil membesarkanku dan menghantar ku ke Universiti untuk melihatku berjaya.Berapa juta Ringgit yang telah dihabiskan untukku.Aku mesti mengenang jasa ibu bapaku dan membalas pengobanan mereka.Semoga Allah memberi mereka ganjaran syurga kelak.amin.

Fikiranku tak menentu malam ini..aku bermuhasabah sambil mendengar lagu WALI-aku cinta Allah..di mana silapku.Ya Allah berilah petunjuk kepada daku.Ampunilah dosa-dosaku..Aku lemah tanpaMu,tanpaMu ku tak bererti.Semoga hari esok bermula episod baru untuk aku melangkah dengan yakin bahawa setiap pekerjaanKu hanyalah untuk RedaMu.

Read more...

Hayati Maal Hijrah

>> Thursday, December 17, 2009



Selamat Tahun Baru buat isteriku,keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali diriku ke 1431H.Semoga tahun baru ini memberi Sinar baru untuk kita memperbaiki dan menambahbaikkan amalan kita dari semasa ke semasa.InsyaAllah.Kami Mahasiswa Al Azhar bakal menempuh imtihan/peperiksaan pada awal bulan Januari 2010.Doakanlah kami agar berjaya dengan cemerlang dan menjadi Ulama' dan Hukama' as Solihin."Ya Allah seandainya kejayaan ini memberi kebaikan kepada kami,ahli keluarga kami dan masyarakat kami,Engkau bantulah kami menempuh ujian ini dan Engkau Permudahkanlah bagi kami".Amin Ya Rabbal Alamin.

Read more...

:: Peranan dan Kepentingan Sistem Khilafah ::

>> Tuesday, December 15, 2009


Selepas kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki pada tahun 1924 di tangan Mustapa Kamal At tartuk,Kerajaan Islam yang besar telah dipecah-pecahkan kepada negara-negara kecil oleh Yahudi La'natullahi alaih dan memisahkan Agama daripada Kerajaaan dan mereka menjauhkan Islam daripada cara hidup.

Selain itu,cara pemakaian juga kononnya dianggap moden dengan pakaian yang mendedahkan aurat,pergaulan bebas berleluasa serta bahasa Arab dihapuskan sehinggakan Azan juga di dalam bahasa Turki.Masyarakat Turki yang ketika itu dilanda kejutan budaya itu terus hanyut dan mengangkat Mustapa Kamal sebagai Bapa Kemodenan Turki.Sahabat-sahabatku sekalian,adakah ini yang diajarkan oleh Islam?

Saya bukanlah orang yang arif tentang peristiwa ini,tetapi mari sama-sama kita renungkan mengapa Yahudi menjatuhkan Khilafah Islamiah?Apakah kepentingan Khilafah dan peranannya?

Hadirin sekalian,
Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-islamiyah).Khilafah merupakan kepemimpinan UMUM bagi kaum muslimin seluruhnya di dunia, untuk menegakkan hukum-hukum Syariah Islam dan mengembangkan Dakwah Islamiyah ke seluruh dunia dengan jihad fi sabilillah. .Ini bermakna dengan Khilafah negara-negara Islam akan menjadi kuat dan saling tolong menolong apabila berlaku serangan musuh.Hal ini kerana Pusat Pemerintahan Islam adalah SATU,jika mana-mana negara diserang,maka Khalifah akan menghantar tentera-tentera yang Ikhlas di jalan Allah untuk mempertahankan Umat Islam di negara tersebut.

"Pelbagai dalil yang menjelaskan tugas khalifah untuk mengatur muamalat dan urusan harta benda antara individu muslim (QS Al-
Baqarah:188, QS An-Nisaa`:58), mengumpulkan dan membahagikan zakat (QS At-Taubah:103), menegakkan hudud (QS
Al-Baqarah:179), menjaga akhlaq (QS Al-Isra`:32), menjamin masyarakat dapat menegakkan syiar-syiar Islam dan
menjalankan berbagai ibadat (QS Al-Hajj:32), dan seterusnya.

Banyak dalil yang menjelaskan tugas khalifah untuk mempersiapkan pasukan perang untuk berjihad (QS Al-
Baqarah:216), menjaga tapal batas negara (QS Al-Anfaal:60), memantapkan hubungan dengan berbagai negara
menurut asas yang dituntut oleh politik luar negeri, misalnya mengadakan berbagai perjanjian perdagangan, perjanjian
gencatan senjata, perjanjian bertetangga baik, dan semisalnya (QS Al-Anfaal:61; QS Muhammad:35). "(petikan The House of Khilafah 1924,M.Shiddiq al Jawi)


Malangnya pada hari ini,Negara Islam yang dahulunya BESAR telah dikecil-kecilkan.Kesannya Umat Islam pada hari ini semakin lemah dan hanya berpeluk tubuh sahaja apabila negara Islam lain diserang musuh.Inilah yang telah dirancang oleh pihak musuh.Mereka membuat perancangan ini bukan sehari dua sahabat-sahabatku,bukan setahun dua tetapi sudah berpuluh-puluh tahun lamanya sehingga kalu kita lihat sekarang sistem Khalifah agak payah untuk dikembalikan semula.

Maka kesan daripada ini,telah bangkitlah gerakan yang memperjuangkan Islam untuk mengembalikan Islam di tempat yang Agung sebagai contoh Ikhwanul Muslimin(IM) yang telah ditubuhkan pada 1926 atas kesedaran PEMUDA-PEMUDA Islam.

Tidak dapat tidak wahai sahabatku perjuangan itulah mestilah dengan Ilmu.Tanpa ilmu dan hanya berTaqlid buta,semangat perjuangan itu sendiri akan membawa kepada perpecahan Umat Islam itu sendiri dan melambatkan lagi KEJAYAAN Islam itu sendiri.Sebagai contoh,di dalam kepimpianan wajiblah kita memberi sepenuh KETAATAN kepada pemimpin selagi mana tidak melanggar hukum syara.Walaupun kepemimpinan itu lebih muda daripada kita,tidak bergaji besar,dan tidak ada kekayaan mahupun pangkat.Dalam keadaan ini,jika kita tidak faham dan mempunyai ilmu,sudah pastilah kita akan berasa tidak puas hati,ingkar dan akhirnya keluar daripada Jemaah yang sedia ada dan membina Jemaah yang lain.Sampai bilakah Islam akan mencapai kejayaan andai ini yang terjadi?Renung-renungkanlah.

Read more...

Tanpa Disedari

>> Sunday, December 13, 2009

Setiap insan yang mempunyai kefahaman islam semestinya menjaga diri mereka daripada terjebak daripada melakukan dosa dan noda.Namun tanpa disedari,kita sering melakukan dosa kepada Allah seolah-olah berbangga-bangga dengan dosa yang dilakukan.

Antaranya berdua-duaan berpegangan tangan dalam khalayak ramai seolah-olah suami isteri yang sah,berpakaian mendedahkan aurat,mempamerkan gambar-gambar couple di dalam media eletronik dan mahu pun media cetak.Sebagai contoh gambar-gambar artis di dada akhbar dan filem melayu masa kini dengan aksi-aksi yang terpesong jauh daripada agama dan budaya Melayu itu sendiri.

Natijahnya kita boleh melihat remaja-remaja khususnya Melayu menjadikan artis-artis sebagai ikutan.Semua ini berpunca daripada budaya ikutan daripada Barat. Ingatlah wahai sahabat- sahabat,orang -orang Barat tidak pernah berhenti memusuhi Islam dan sentiasa merancang sehinggakan kalu kita masuk lubang biawak pun,kita akan turut masuk mengikuti mereka.Nauzubillah min zalik.

Orang Yahudi meggunakan cara yang halus untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam kerana mereka sedar jika pedang bertemu pedang,meriam bertemu meriam mereka pasti kalah.Tetapi sahabat-sahabatku sekalian,adakah kekuatan umat Islam pada hari ini boleh dibandingkan dengan kekuatan tentera Islam zaman dahulu.
Pada siapa kita nak berharap?Sampai bila kita nak berharap kepada orang?Haraplah pada diri sendiri.Bagi yang sedang menuntut ilmu teruskan jangan berputus ada,andai kata lemah carilah kekuatan semula dengan segera..kembalilah kepada Allah,segalanya daripadaNya.Bagi yang sedang bekerja,perbetulkan niat anda berkerja kerana Allah bukan semata-mata mengumpul kekayaan dunia sehingga melupakan tanggungjawab sebagai hambaNYA.Ketahuilah saudara-saudariku sekalian, "Dunia adalah syurga bagi orang-orang Kafir,dan Akhirat itu Syurga bagi orang-orang Mu'min.
Wallahu A'lam.

Read more...

JAULAH SEKITAR DUMYAT

>> Saturday, December 12, 2009

Alhamdulillah,hari ni pada 12.12.2009 saya telah mengikuti rombongan menjelajah sekitar Dumyat,Mesir untuk menziarahi makam-makam Auliya' Allah, bengkel pembuatan kapal laut,Masjid Amru ibn Asr,Masjid Abu Ma'ati,dan Masjid al Mu'ni.Kami bertolak pada awal jam 10pagi seramai 14 orang.Tujuan jaulah ini diadakan untuk mengeratkan sillaturrahim dan sebagai vacation untuk menenangkan fikiran sebelum menghadapi ujian pada awal bulan Januari nanti.Selain itu,di samaping menziarahi makam-makam ulama',kami bertawassul dengan kemuliaan Wali-wali Allah ini,selaku hamba yang paling hampir denganNYA,mudah-mudahan dengan keberkatan Wali-wali Allah ini kami diberikan petunjuk dan kekuatan untuk sentiasa tetap dalam perjuangan Islam serta diberkati hidup bersama keluarga dan memperolaeh zuriat yang soleh dan solehah.amien.

Di sini disertakan beberapa keping kenangan sebagai bukti kami berjaulah.. :) - kapal dalam pembikinan
-siap,untuk dijual.


Ruang dalaman masjid Amru ibn Asr.Merupakan masjid tertua di Dumyat.Pernah berfungsi beberapa kali sebagai gereja pada 1219 oleh Jand De Brian,dan pada tahun 1249 oleh King Louise IX.Ketika itu diadakan perayaan agama secara besar-besaran yang dihadiri oleh Timbalan Pope.

Read more...

Isteri Amanahku

>> Friday, December 11, 2009



Alhamdulillah ku mulai coretan ini buat kali pertamanya dengan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi yang telah banyak memberi nikmat kepada hamba-hambanya,mudah-mudahan amalan kita kepada Allah Taala semakin hari semakin bertambah dan semakin tunduk dengan kekuasaanNya.amin..

Pada tarikh 16 Ogos 2009,itulah kali pertama aku melihat bakal isteriku secara langsung dan pada ketika itu jugalah kami dipertemukan dalam satu majlis pertunangan kami.Alhamdulillah kedua-dua pihak keluarga bersetuju dan akhirnya kami diijabqabulkan pada 16 Oktober 2009 dan menjadi isteriku secara sah.Inilah saat bahagia kami disatukan sebagai pasangan suami isteri.Semoga ikatan ini terus berkekalan dan bahagia ke akhirnya.amin

Bukanlah niat saya menulis artikal ini untuk berbangga diri atau menunjuk-nunjuk,tetapi sebaliknya mahu berkongsi bersama pengalaman saya sebelum mendirikan rumah tangga.Sebenarnya tempoh perkenalan kami tidak terlalu panjang sehingga melibatkan bertahun-tahun.Setelah diberi petunjuk oleh Allah Taala saya telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan isteri saya selepas beberapa bulan kenal.Hal ini kerana saya beranggapan hubungan antara lelaki dan perempuan teramat perlu dijaga untuk menjaga berakah dan rahmat selaku individu muslim.

Bayangkan kita selaku pelajar agamawan ataupun individu muslim yang tidak pernah tinggal solatnya,sekiranya tidak menjaga batas-batas syarie dalam pergaulan akan membuatkan hati kita semakin hari semakin hitam dengan bintik-bintik noda yang menggelapkan hati.Akhirnya hati menjaga gelap dan berasa payah untuk menuntut ilmu Allah ini.Apatah lagi ibadat menjadi tidak khusyuk.Apalah gunanya kita mengetahui hukum-hukum Allah tetapi apabila sampai kepada giliran kita,bermacam-macam hujah yang diberikan untuk menjadikannya HALAL mengikut petunjuk hawa nafsu.Tanpa kita sedari,kita semakin jauh dengan agama Allah dan tidak amanah dengan ilmu.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman,jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukan kamu"(MUHAMMAD:7)berdasar ayat inilah saya yakin bahawa Allah tidak pernah menyalahi janji-janjiNYA.Kerana itulah saya mendirikan rumah tangga pada usia yang muda dengan harapan diberi hidayah dan petunjukNYA.Ingatlah,kita jaga hubungan kita dengan batas-batas agama,Allah pasti menjaga kita.Buktinya,seseorang yang mana menjaga dirinya daripada pergaulan bebas dan seks rambang sebagai contoh,Allah akan menjaganya daripada jangkitan penyakit HIV dan keruntuhan akhlak.

Wahai pemuda pemudi sekalian,kemanisan cintakan wanita itu adalah lebih manis selepas berkahwin dan menjadi isteri yang sah.Kalau waktu bercinta ketika di bangku sekolah-sekolah ni bukannya best.Nak bagi hadiah pun takut-takut sebab nanti cikgu tangkap,hadiah pun duit mak ayah bagi,nak bagi surat tersorok-sorok..Jadi sebagai nasihat buat diriku dan diri kalian yang membaca jauhilah ikhtilat dan pergaulan bebas.Tambah pula kesian perempuan-perempuan yang mudah percayakan kata-kata lelaki..kalu betul-betul dah berkenan bagi tahu keluarga,suruh jejaka pilihan tu datang berjumpa keluarga.Selain tu berdoalah agar jodoh yang kita temui ini adalah yang terbaik..amin.Akhir kata maaf jika tersalah bahasa..WASSALAM

Read more...

ebuddy


Halal itu Jelas,Haram itu juga Jelas

Bayang-bayang yang Lurus terbentuk daripada Kayu Yang Lurus

Couple is Trouble,Marriage is Better

:: Terima Kasih Kerana Melawati Blog Ini ::

DATANG LAGI YA
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 5.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP