>> Saturday, May 1, 2010

Kewajaran Pendidikan Seks


Summary:saifqistina

Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pengajian seks dalam syllabus pembelajaran persekolahan. Adakah tindakan ini wajar? Menurut rujukan, kecenderungan remaja dalam melibatkan diri dengan masalah sosial disebabkan sifat ingin tahu para remaja dan lonjakan hormon adrenaline yang membuatkan mereka bertindak mengikut emosi dan perasaan. Masalah sosial yang ingin ditekankan di sini adalah seks bebas. Mengapa remaja cenderung untuk melakukan perkara yang terkutuk dalam semua agama ini? Salah satu faktor adalah kerana untuk mempunyai pengalaman sendiri selepas mengetahuinya daripada media-media. Andaikata pendidikan seks diberikan kepada pelajar pada peringkat awal lagi, kita seharusnya khuatir masalah ini akan melibatkan lebih ramai remaja daripada golongan bawah umur. Ini adalah kerana pabila sudah diberikan pendedahan secara teori, sifat semula jadi remaja yang ingin tahu akan membuak-buak untuk mengetahuinya secara praktikal pula. Andaikata perkara ini ditimbangtara dengan menggunakan logik akal fikiran sahaja nescaya akan membawa padah yang dahsyat. Maka seharusnya kita kembali kepada agama dan al-Quran. Apa yang baik itu telah digariskan oleh Allah SWT dengan jelas dan apa yang membawa keburukan juga telah digaris dengan jelas. Terpulang kepada kita samada ingin mengikutnya ataupun tidak.

Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia. Lebih umum untuk pendidikan seks adalah ibu bapa atau wali, atur cara sekolah, dan kempen kesihatan awam.

Kewajaran Pendidikan Seks Originally published in Shvoong: http://ms.shvoong.com/social-sciences/education/1772569-kewajaran-pendidikan-seks/

0 comments:

ebuddy


Halal itu Jelas,Haram itu juga Jelas

Bayang-bayang yang Lurus terbentuk daripada Kayu Yang Lurus

Couple is Trouble,Marriage is Better

:: Terima Kasih Kerana Melawati Blog Ini ::

DATANG LAGI YA
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 5.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP