Mengurus keluarga seperti memimpin sebuah persatuan

>> Wednesday, December 30, 2009




Alhamdulillah,selaut kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Subhanahu wa Taala yang telah memanjangkan usia kita sehingga saat ini, kita mampu bernafas dengan keizinan Allah Taala.Sepatutnya kita mensyukuri nikmatNya dengan melaksanakan segala amal perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Pesanan ini ku tujukan khasnya buat diriku sebagai muhasabah tahunan.

Ingatlah bahawa tujuan kita diciptakan bukanlah untuk berseronok-seronok di dunia ini.Oleh itu kita mestilah mengatur perancangan harian dan tahunan agar hidup kita lebih teratur dan banyak pengisian yang berfaedah bersama keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Antara cara untuk menguruskan masa semaksimum mungkin ialah dengan cara membuat diari harian.Diari tidak semestinya digunakan untuk meluahkan perasaan ataupun peristiwa sebagainya,tetapi sesuai untuk kita menyenaraikan perancangan kita sepanjang hari agar kita tidak terlupa atau membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.Mulakan merancang sebelum tidur.Lakukan perkara ini setiap hari.InsyaAllah masa tidak akan terbuang dan boleh gunakan semaksimumnya.

Jika anda seorang ketua rumah tangga,anda juga boleh lakukan perkara ini bersama keluarga.Contohnya perancangan tahunan pada cuti sekolah anda mahu bercuti bersama keluarga dan anak-anak di mana,pendidikan anak-anak,balik kampung dan sebagainya.

Harus diingat bahawa perancangan yang dilakukan bukanlah berbentuk BERSERONOK semata-mata.Rancanglah aktiviti kerohanian bersama anak-anak dan isteri seperti USRAH.Masukkan aktiviti ilmiah dan keagamaan di dalam perancangan mingguan atau bulanan.Sebagai contoh,solat berjemaah,membaca Yasin setiap malam Jumaat bersama-sama,ajak bersama keluarga ke majlis ilmu di Surau-surau ataupun Masjid-masjid,ajak Qiamullail bersama-sama.Secara tidak langsung hubungan kekeluargaan semakin erat.Semoga dengan cara menghidupkan rumah tangga sebegini sentiasa dirahmati Allah.Subhanallah,bayangkan kalau keluarga kita seperti ini.Kalau tidak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Kita memimpin rumah tangga seperti kita memimpin sebuah persatuan.Kita sebagai Pengerusi,isteri merupakan Naib Pengerusi dan anak-anak pula ahli persatuan.Atas kebijaksanaan kitalah untuk mentadbir keluarga berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Oleh itu carilah ilmu persatuan ini.Melalui persatuan kita boleh praktikkan apabila menghadapi sesuatu masalah,bagaimana cara terbaik untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik?Tidak dapat tidak melalui perbincangan.Melalui persatuan juga kita belajar bagaimana untuk menghormati pandangan orang lain.Tidak semestinya kita sebagai ketua keluarga semua keputusan kita adalah terbaik.Tetapi apabila sesuatu keputusan telah dibuat oleh ketua,wajiblah mengikutinya selagi mana tidak menyalahi Syariat,kerana KETAATAN itu pada apa yang disukai dan apa yang tidak disukai(dibenci).Wallahu a'lam.

0 comments:

ebuddy


Halal itu Jelas,Haram itu juga Jelas

Bayang-bayang yang Lurus terbentuk daripada Kayu Yang Lurus

Couple is Trouble,Marriage is Better

:: Terima Kasih Kerana Melawati Blog Ini ::

DATANG LAGI YA
Paparan terbaik Microsoft Internet Explorer Ver. 5.0, Netscape Ver. 5.0, Mozilla Firefox Ver. 1.5 ke atas dan resolusi 1024 x 768 atau 800 x 600 piksel minimum.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP